KELEMBUTAN HATI YANG LUAR BIASA
DARI SALAH SATU KETURUNAN RASULULLAH YAITU AL ‘ALLAMAH AS SAYYID BADRUDDIN
AL-HASANI TERHADAP SEORANG PELACUR
Suatu saat ketika AL ‘ALLAMAH AS SAYYID BADRUDDIN AL-HASANI
(seorang ulama besar ahli Hadist) sedang asyik membacakan serta mensyarahkan
maksud hadis kepada para muridnya. Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan
hadis dan bertanya sesuatu yang membuatkan semua murid terheran-heran.
“Muridku semua, aku punya hajat yang sangat besar. siapa
yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang guru pada seluruh muridnya.
Salah seorang murid dekat Syeikh menjawab dengan penuh adab,
“ Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami, semoga kami mampu
untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.
Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku
punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan, adakah yang ingin membantuku
membagikan harta ini?”
“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk membagikan
harta ini” jawab murid tersebut dengan bersemangat.
“Bolehkah Tuan Guru jelaskan kepada kami kepada siapakah
harta ini akan dibagikan?” seorang murid yang lain bertanya dengan lebih
lanjut.
“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang
berada di tempat-tempat itu” Jawab Tuan Guru dengan tenang.
Murid pun bertanya tanya, masing-masing salah sangka dengan
tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.
“Aku sudah mengira bahwa kalian tentu tidak akan mampu untuk
melaksanakan hajatku ini. Kalau begitu tidaklah mengapa. Biarlah aku sendiri
yang pergi menyampaikannya.”Tuan
Guru menjawab dengan tenang.
Para murid merasa bersalah atas sikap yang mereka tunjukkan
tadi. Salah seorang murid terdekat Tuan Guru menawarkan dirinya untuk
menyampaikan harta tersebut. Bagaimana dia bisa membiarkan Tuan Guru yang
terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan datang ke tempat hina seperti
itu.
“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika
kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku
(‘ALLAMAH AS SAYYID BADRUDDIN AL-HASANI) dan doakan aku semoga diberkati oleh
Allah taala” Tuan Guru memberikan pesan kepada muridnya tersebut. (SEORANG
ULAMA BESAR DI ZAMANNYA MEMINTA DOA KEPADA PELACUR)
Maka sang murid yang mulia ini melakukan tugasnya dengan
penuh tanda tanya di dalam pemikirannya, mengapa Tuan Guru ingin sekali
memberikan sedekah dan meminta didoakan oleh golongan hina ini. Namun arahan
Tuan Guru harus dilaksanakan. Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke
kawasan pelacuran tersebut.
Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu
dan menyampaikan apa yang dipesankan oleh Tuan Guru kepadanya.
“Assalamualaikum,
maafkan saya mengganggu, saya adalah utusan daripada Tuan Guru ‘ALLAMAH AS
SAYYID BADRUDDIN AL-HASANI, ingin menyampaikan sedekah dari beliau kepada
kalian. Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.
Para pelacur itu terkejut ketika mendengar nama Tuan Guru
yang alim dan wara tersebut karena sudi memberikan sedekah dan meminta didoakan
oleh mereka. Setelah selesai tugasnya, sang murid langsung pergi dari kawasan
hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.
Masing-masing menanti-nanti, apakah yang akan terjadi
selanjutnya setelah peristiwa tersebut. Keesokkannya..... paginya , sesuatu yang mengejutkan telah
terjadi. Seluruh bumi Syria gempar karena keseluruhan pelacur yang ada di
kawasan tersebut ramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.
Mereka datang dan mendengar majlis pengajian dari Tuan Guru dan bertaubat
daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Barulah semua murid faham
mengapakah Tuan Guru ingin memberikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur.
Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan
Guru yang wara’. Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan dampak
yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.
al-Alim al-Allamah Al Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin
al-Hasani rahimahullahu taala. Beliau wafat pada 1354 Hijriyah. Beliau digelar
“Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin”
yang maksudnya adalah penutup kepada para ulama Hadist yang terkemuka. Pertama
kali mengarang kitab adalah ketika umurnya belum sampai 20 tahun.
Subhanallah....
Begitu lembut dan indahnya dakwah beliau.....
Semoga kita semua mendapatkan berkah dari Allah sebagaimana
yang beliau dapatkan, mendapatkan karomah kemuliaan dari Allah sebagaimana yang
beliau dapatkan, mendapatkan rahmat dari Allah sebagaimana yang beliau
dapatkan.....
Aamiin Yaa Allah..
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّدٍ
Post A Comment: